There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

Wednesday, July 22, 2009

BERITA

20 Julai 2009. Sk Permatang telah mengadakan Pelancaran Bulan Kecergasan Peringkat Sekolah. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah senamrobik dan juga tarian Poco-poco. Semua guru dan murid serta kakitangan sekolah terlibat.
24 Jun 2009. Sk Permatang telah mengadakan majlis perjumpaan diantara guru dan ibu bapa. Tujuan majlis ini diadakan adalah bertujuan bagi mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa selain berbincang tentang pelajaran anak-anak didik Sk Permatang. Majlis ini telah berlangsung dalam suasana harmoni dan ceria. Diharap selepas ini prestasi akademik anak-anak ini dapat di tingkatkan.


19 Jun 2009. Murid-murid dari Sk Permatang telah mengadakan lawatan ke beberapa tempat menarik sekitar Kuala Lumpur. Mereka terdiri dari murid tahap 2 dan juga Pra Sekolah.Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memantapkan lagi pengetahuan murid.

Monday, May 4, 2009

MAKLUMAT SEKOLAH

GURU

Guru Besar = 1 orang
PK Kurikulum = 1 orang
PK HEM = 1 orang
PK Ko-Kurikulum = 1 orang
Guru Penolong PPLD DGA 32 (KUP) = 10 orang
Guru Penolong PPS DG 41 = 2 orang
Guru Penolong PPLD DGA 29 = 4 orang
Guru J-Qaf = 2 orang

MURID

Pra-Sekolah 25 orang
Tahun 1 34 orang
Tahun 2 31 orang
Tahun 3 27 orang
Tahun 4 36 orang
Tahun 5 26 orang
Tahun 6 32 orang

MAKLUMAT BANTUAN YANG DITERIMA MURID

SPBT = 186 orang

RMT =

SBT
Tahun 6 24 orang
Tahun 5 23 orang
Tahun 4 26 orang

KWAMP = 21 orang

Wednesday, February 4, 2009

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini terletak di kawasan permatang (tanah tinggi) di kawasan sawah padi dan dibina atas usaha Tn. Hj. Hassan B. Ibrahim iaitu Ketua Kampung pada masa itu bersama Penghulu Mukim Tok Abdullah dengan mencari kayu hutan (kayu bulat) untuk membina bangsal tempat murid belajar, tetapi dirobohkan pada tahun 1936.

Pada tahun 1937 Kerajaan Inggeris telah membina sebuah bangunan baru JKR 400 berukuran 100 kaki X 24 kaki beserta dua buah rumah guru tetapi masih belum dapat menampung bilangan murid yang datang belajar masa itu. Dalam tahun 1939 ditambah satu lagi bangunan berukuran 72 kaki X 24 kaki. Dalam tahun 1951 bilangan murid semakin bertambah dan terpaksa menumpang di madrasah sekolah agama rakyat seramai 68 orang (tahun 5 dan 6) sehingga tahun 1968, 4 kelas terpaksa menumpang di madrasah tersebut. Pada tahun 1969 satu bangunan tambahan dibina tetapi masih tidak dapat menampung bilangan murid yang belajar di sekolah ini dan persekolahan terpaksa diadakan sesi pagi dan petang. Dalam tahun 1974 satu bangunan baru dua tingkat dibina dan digunakan sepenuhnya pada 5.1.1976 dan dirasmikan oleh Tan Sri Ghazali B Jawi, Menteri Besar Perak pada masa itu.

Perhubungan ke sekolah pada tahun 1935 hanya melalui batas(ban) tali air sahaja, dengan menggunakan basikal atau berjalan kaki. Pada tahun 60-an jalan dibesarkan bagi membolehkan basikal dan motosikal melalui jalan ini ke sekolah. Dalam tahun 80-an, jalan ditabur dengan batu kerikil dan boleh dilalui oleh kereta kerana sebuah klinik desa dibina di kawasan berhampiran sekolah. Pada tahun 90-an barulah jalan diturap dengan tar bagi memudahkan perhubungan sekolah dan penduduk setempat serta penduduk Kampung Sungai Manik amnya.Penduduk setempat terdiri dari kaum petani yang purata pendapatannya antara RM250.00 sehingga RM500.00 kerana hasil pertanian disini hanya untuk sara hidup bukannya komersial. Majoriti penduduk di sini adalah terdiri daripada suku kaum Banjar dan penggunaan bahasa harian adalah bahasa suku Banjar. Pendapatan dan pencarian penduduk kampung ini bergantung kepada hasil padi, menangkap ikan dan bekerja sebagai buruhdi ladang-ladang dan kilang-kilang yang berhampiran.
Diantara bekas murid yang menjadi idola sekolah ini ialah Mantan Menteri Besar Perak iaitu Dato Seri Tajol Rosli Bin Ghazali yang belajar di sekolah ini sehingga Tahun 3 sebelum memasuki kelas khas Inggeris di Horley Methodist Teluk Intan dan Pn. Hjh. Salamiah Bt. Hj. Hamzah, Mantan Dekan Pengajian Bahasa Melayu Universiti Malaya serta banyak lagi pelajar dari sekolah ini yang telah berjaya ke menara gading dan menjadi ahli profesional di bidang tertentu.
There was an error in this gadget

HANGMAN